Ahad, 6 Oktober 2013

tanda tanda kemurungan

*sekadar gambar hiasan

Tetiba pulak rasa nak post mengenai kemurungan . Mungkin sebab simpton-simpton ni ada pada diri aku kot. Apa-apa pun cuba korang tengok sendiri mana tau ada pada diri korang. Mungkin korang pun tergolong dalam golongan yang mengalami kemurungan ni. 

-Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan
-Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau . berlebihan tidur
-Cepat letih. lesu dan tidak bermaya /bertenaga
-Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan ( tanpa kenikmatan)
-Amat sensitif , pendiam  dan suka mengasingkan diri
-Perasaan pesimistik  Hilang semangat, putus asa/putus harapan
-Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
-Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku.
-"Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati" (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri. Ini menyebabkan pesakit tidak cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri terganggu.
-Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri  boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan.
-Rasa tidak tenteram dan mudah marah
-Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
-Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alcohol atau dadah.
-Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan penghazaman, loya serta semput) 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

thanks info

Tanpa Nama berkata...

(Y)

pakcekk jenglott berkata...

welcomeee ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...