Rabu, 27 Mac 2013

resepi char kuey tiaw

*gambar hiasan

tengah hujan-hujan ni sambil mendengar alunan gitar dari si Ponet , perut ikut sama berkeroncong haha . dah macam lagu metallica pulak haha . dan secara tiba-tiba mengidam nak makan Char Kuey Tiaw pulakk . ahhh , ni tensennnn nihh ! aku kalau dah teringat char kuey tiaw mesti nak kena tibai sepinggan . siap ada kerang lagi , perrrgggggggggghhhhhhhh ! meleleh air liur cakap luu ! haa , tetiba akal mula memainkan peranan . secara spontan trfikir , apa kata masak sendiri . puas sikit nak tibai haha . so search punya search , ehh bukan search kumpulan rock tu tau haha . aku pun jumpalah cara-cara nak buat char kuey tiaw hanya dalam masa yang sangat singkat . tau berapa lamaa ? 5 minit sahaja ! aumm . bukan main lagikan haha . sesuai untuk makan sorang kalau tengah kebuluran nih haha . kat sini aku sertakan resepi dia . mudah dan senang dan simple dan seangkatan dengannnya haha . lepas aku post je entri nih , aku nak pegi supermarket jap tibai bahan-bahan yang nak buat char kuey tiaw haha . goodluck !

RESEPI
1. Seulas bawang putih (dilenyek)
2. Secamca minyak masak
3. 3-4 ekor udang basah
4. Isi kerang (direbus)
5. Taugeh (ikut citarasa)
6. Suku cawan air
7. 6 sudu sos char kuey tiaw
8. Sebiji telur
9. Kuey tiaw segenggam


CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak .
2. Tumis bawang sehingga naik baunya .
3. Masukkan udang dan goreng sehingga masak .
4. Masukkan sos char kuey tiaw .
5. Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih .
6. Masukkan isi kerang .
7. Masukkan kuey tiaw dan tunggu sehingga kembang .
8. Masukkan telur dan terus padamkan api .
9. Masukkan bahan-bahan tambahan yang lain seperti taugeh .
10. Makan ! :D

GOODLUCK !

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...