Selasa, 17 Ogos 2010

Backup Template Blog

Template bagi sesebuah blog boleh diibaratkan sebagai tulang belakang blog kerana template yang menyimpan semua maklumat berkaitan rupa bentuk blog anda, fungsi blog dan juga kebanyakan trick untuk sesebuah blog akan dilakukan di template (edit html).


Anda letak background ke, ubah colour ke, letak fungsi 'read more' atau pape, kebanyakkannya adalah di template.
Oleh itu adalah perlu untuk seseorang blogger akan backup dahulu template blog sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian ataupun sebelum menukar template baru.
Tujuan backup template adalah untuk backup jika sebarang perubahan kod yang diaplikasikan tidak menjadi.

Tutorial untuk backup template bagi blog adalah seperti berikut.


1)Login seperti biasa. Kemudian dari dashboard klik layout

Tutorial Backup Template Blog


2) Dari layout, klik edit html dan dibawah sedikit anda akan jumpa 'download full template'

Tutorial Backup Template Blog


3)Keluar paparan, klik save..Siap.:)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...